May 212011
 

Masa di bangku sekolah dulu, ingatkah lagi ketika saudara mula-mula mengenal nombor dan belajar simbol-simbol operasi matematik seperti tambah (+), tolak (-), darab (X) dan bahagi (÷)?. Simbol-simbol ini merupakan simbol asas dalam melakukan pengiraan. Antara operasi yang cukup mencabar pemikiran ketika di bangku sekolah rendah ialah pendaraban. Ianya memerlukan saudara untuk menghafal sifir. Operasi darab menggunakan simbol darab seperti ini (X) untuk pengiraan. Tahukah saudara bahawa simbol darab ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh seorang ahli matematik Inggeris dalam tahun 1631 yang bernama William Oughtred (1574-1660) dalam bukunya Keys to Mathematics, yang diterbitkan di London. Selain itu, ahli matematik ini juga terkenal dengan alat pengira pembaris gelunsur (slide rule) yang digunakan oleh ahli sains dan matematik dengan begitu luas ketika itu. Dalam tahun 1970-an, mesin kira atau kalkulator boleh didapati dengan cepat dan murah dan ini telah menyebabkan penggunaan ‘slide rule’ kian dilupakan. Kini, slide rule tidak digunakan lagi dan ilmu mengenainya kian pupus.

 

Share
 Posted by at 7:12 pm

 Leave a Reply

(required)

(required)


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>